Tuesday, 23 August 2011

Program :Kembara Merdeka

Salam Sejahtera dari Hotel Seri Malaysia Kangar.

Program konvoi merdeka yang telah dianjurkan oleh Baitulmal Negeri Perlis pada 23 Ogos 2011. Peserta telah dilepaskan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin di hadapan ruang legar Hotel Seri Malaysia Kangar.




Sekian dari Hotel Seri Malaysia Kangar

Wednesday, 17 August 2011

Promosi Bilik sempena Bulan Ramadhan

Salam sejahtera dari Hotel Seri Malaysia Kangar

Sempena Bulan Ramadhan HSMK telah mengadakan promosi penginapan sebanyak RM100 termasuk sahur atau sarapan pagi.

Pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke hotel kami.


Sekian dari Hotel Seri Malaysia Kangar

Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak yatim

Salam sejahtera dari Hotel Seri Malaysia Kangar

Pada 3 Ogos 2011 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1432H HSMK telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim Rumah Hembusan Kasih Arau. Seramai 31 anak-anak yatim telah di raikan di Majlis amal ini.



Persembahan dari anak-anak

Anak-anak yang dirai

Anak-anak yang dirai
MC pada malam itu

Tetamu yang datang

Menjamu selera

Sempena majlis ini, sumbangan duit hari raya telah di sampaikan oleh YB Bakri kepada anak-anak yatim ini.

Orang penting malam itu

line up



Sekian dari Hotel Seri Malaysia Kangar





Monday, 15 August 2011

Pengenalan




Pemandangan hadapan HSMK

Hotel Seri Malaysia Kangar (HSMK) mula beroperasi pada 12 April 2011 dan telaha di rasmikan pada 3 Mei 2011. Terletak 4 km dari bandar Kangar, hotel ini di kelilingi oleh pemandangan bukit bakau yang menarik di samping sawah padi yang luas. HSMK juga berhampiran dengan tempat-tempat tarikan pelancongan di negeri Perlis seperti Taman Budaya Negeri Perlis, Gua Kelam dan Wang Kelian. Lokasi hotel adalah bersebelahan dengan Dewan Wawasan Perlis serta kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.


Pemandangan bilik di waktu malam

Pemandangan bilik dari atas

Gazebo

HSMK dilengkapi dengan 86 bilik standard , 56 bilik famili dan 4 bilik suite untuk keselesaan tetamu. Selain itu, HSMK juga menyediakan kemudahan WIFI percuma, kolam renang, kemudahan persidangan, seminar,mesyuarat dan kursus yang boleh memuatkan sehingga 500 orang peserta pada satu-satu masa.

HSMK juga mempunya indoor restoran yang di beri nama Cafe Seri Inai. Cafe ini yang terletak di lobi hotel menjanjikan suasana santai dengan konsep moden kontemporari dan boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa.

Sebarang tempahan boleh di buat melalui telefon di talian 04-9771777 atau melalui online di Agoda.com http://www.agoda.com/asia/malaysia/kangar/hotel_seri_malaysia_kangar.html












Sekian dari Hotel Seri Malaysia Kangar